6 April 2013

Padan Muka Luu...




KUALA LUMPUR 7 APRIL: 
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dihalang dari memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Kota Kinabalu, jam 11.05 pagi hari ini.
Mengikut kenyataan media KEADILAN, Jabatan Imigresen negeri itu memberi alasan, mereka menerima arahan daripada kerajaan negeri yang mengeluar larangan berkenaan.
Mengikut paparan twitter, Ahli Parlimen Batu itu kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

http://www.keadilandaily.com/tian-chua-dihalang-masuk-ke-sabah-larangan-dikeluarkan-kerajaan-negeri/

2 April 2013

Parti Anak Beranak yg Meloyakan?

 
 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.  

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, telah ditolak oleh pengundi.

Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.  

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.  

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  

Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.  

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.   

Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam.  Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.  

Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.  

Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri.  Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.   

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi.  Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja.  

Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.  Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.  

Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini.  Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap.   

Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran.  

Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.  

Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.    

Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereka untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.  

Sumber:

Free 'Air Lendir' Jika Menang?


Tak habis-habis lagi janji-janji 'sampah' yang cuba ditabur oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha untuk memancing undi.

Sudahlah Khalid mendakwa manifesto yang dibuat pada tahun 2008 bukan satu janji kepada rakyat Selangor, Khalid sejak akhir-akhir ini semakin berani membuat janji baru kepada rakyat Malaysia pula.

Belum pun selesai masalah air yang melanda di negeri Selangor, Menteri Besar sekali lagi menabur janji baru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kali ini, Khalid menjanjikan air percuma kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bermaksud berjaya menawan Putrajaya.

Ketika ini, Khalid giat menaburkan janji memberikan air percuma itu dalam setiap ceramah atau majlis-majlis yang dihadirinya.

Itu sahajalah modal dan usaha yang dilakukan oleh Khalid demi memastikan kuasanya untuk memerintah negeri Selangor diteruskan selepas PRU13.

Hakikatnya, janji Khalid itu hanyalah mempunyai niat tertentu sahaja, seperti peribahasa Melayu, ada udang disebalik batu.

Ini kerana, Khalid mahukan rakyat terus memilih PR sekali gus menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kata Khalid, rakyat perlu untuk memilih Anwar kerana Anwar disifatkan sebagai mempunyai peribadi bersih, amanah dan bertanggungjawab.

"Kita bagi air percuma pada rakyat Selangor. Kalau kita menang di Putrajaya, rakyat Malaysia akan juga dapat air percuma. Jadi, marilah berjuang untuk rakyat.

"Kalau kita nak menang, kita mesti pilih pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab," kata Khalid.

Anwar mempunyai peribadi bersih? Amanah? Tanggungjawab? Nampaknya, Khalid semakin buta hanya kerana ingin mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar di Selangor. Pak Nuar yang terkenal dengan skandal-skandal seks sama ada dengan perempuan atau lelaki itu dilabelkan sebagai mempunyai peribadi bersih?

Kalau selama ini Khalid mengatakan dia memperjuangkan nasib rakyat, apakah nasib rakyat di Selangor terbela dengan perangainya yang suka memungkiri janji?

Air percuma seluruh Selangor pun tak mampu diberikan, inikan pula 1 Malaysia.

Khalid… Khalid… Semakin buta matanya. Buta lagi hatinya!

Sumber:
http://www.mykmu.net/?p=28340
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...