8 March 2013

An war Bengang Plan Sabah Gagal?

Anwar bengang betul bila rancangan untuk menghuruharakan Sabah tidak berjaya..! Bukan sahaja cubaan jahat lagi kejamnya dapat dipatahkan dengan penuh kebijaksaan oleh YAB PM malah kejahatan dan kebinatangan Anwar pulak yang semakin terselak..!

Rakan subahat lagi jahatnya Misuari pulak bodoh dengan facebook yang membuka pekung..!


Ditambah pulak dengan kenyataan khianat si bapak sepol yang dikatakan sudah dibeli oleh Anwar dengan nilai RM1 Juta..boleh baca dan tonton kat sini
Gempar bila di beritakan Anwar terjerit pekik dikalangan kuda belangnya kerana segala rancangan jahat dapat dipatahkan...

Sumber:
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2013/03/rancangan-jahat-gagal-anwar-mengamuk.html

Bapa Saiful kaki judi?

 

Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim
(gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Sambung Baca di...

7 March 2013

Lagi Bukti Ini Dalangnya..



Sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih berpusing kata-kata untuk menafikan tawarannya kepada orang-orang Sulu dan Nur Misuari dalam kes Lahad Datu.

Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari di Filipina pada tahun 2012 berlangsung lebih dua kali.

Perbualan telefon Anwar dengan Nur Misuari sepanjang tahun 2012 direkodkan lebih dua kali.

Semasa insiden di Lahad Datu hujungb bulan lepas, Anwar sekali lagi bercakap dengan Nur Misuari di mana mereka membuat ketetapan yang sama iaitu "Menafikan" perundingan mereka.

Lanjutan dari itu, pada hujung tahun 2012, 4 bulan dahulu, Anwar telah menghantar Tian Chua ke Filipina untuk membincangkan "give and take". Tian Chua sendiri mengaku ke Filipina.

Selepas semua siri pertemuan itu, Anwar telah bertandang ke Lahad Datu pada bulan Oktober, 2012 dalam tempoh yang lama. 

Anwar juga singgah di Tawau dalam tempoh yang lama dalam bulan Oktober itu. 

Semasa Anwar menunggu Lajim Ukin yang tidak datang-datang, Anwar direkodkan bertemu dengan orang-orang Suluk di Lahad Datu, yang diaturkan oleh Ketua PKR Sabah, Tamrin Jaini.


Anwar sudah tidak boleh mengelak, kerana rekod-rekod pertemuan dan perbualan mereka telah dikesan.

Sebab itu, Unit Perisikan Kerajaan Filipina Tidak Ragu-Ragu mengaitkian Anwar Ibrahim sebagai Dalang utama dalam Insiden di Lahad Datu.

Bersambung...gambar-gambar pertemuan dan rekod-rekod berkaitan akan menyusul Anwar yang direkodkan...

Sumber:
http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rekod-perbualan-pertemuan-anwar-dengan.html

Lagu 'Sabah Nak Hilang"













AIDCNews – 07/03/13 – YB Datuk Zulkifli Noordin mempersoalkan motif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu ‘Sabah bakal hilang’, tiga bulan sebelum serangan pengganas di Lahad Datu Sabah.
Zulkifli bercakap kepada Buletin Utama TV3 malam ini turut rasa sangsi dengan kepercayaan Anwar terhadap dua orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Tian Chua dan Sivarasa Rasiah yang juga aktivis PKR.
Dalam sidang media semalam, Anwar menafikan kunjungan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Filipina mempunyai perkaitan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Kedua-dua aktivis SUARAM itu berkunjung ke Filipina pada 7 Februari lalu, iaitu dua hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
Rakaman nyanyian Anwar berbunyi, ‘tanya sama pokok apa sebab goyang’ ditukar lirik kepada,’tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’ telah dirakamkan oleh ThePerakToday di tiga lokasi ceramah yang berbeza iaitu pada 2 Disember 2012, 29 Januari 2013 dan 14 Februari 2013.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dalam soal jawab bersama TV3 semalam turut tertanya-tanya apakah motif Anwar menyanyikan lagu itu.
Sebagai orang Sabah, menurut Anifah, ada perbezaan dengan ‘Barisan Nasional (BN) Sabah akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13′ dengan ‘Sabah bakal hilang’.
“Apa maksud negeri saya bakal hilang ?, “soalnya.


6 March 2013

Rakyat Dah Tahu Dalang Tragedi di Sabah?

'Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu' merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak.  Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.  

Antara yang paling ketara ialah 'nyanyian' Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, "Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang."  Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.  

Soalnya, kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman untuk 'menghilangkan' Sabah?  Perkara ini dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian.  Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.  

Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera Sulu.  Namun, belum sempat Anwar berhujah lebih panjang untuk membela diri, dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai 'orang-orang Misuari' atau MNLF.  Dan kini, Nur Misuari sendiri telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi 'orang tengah'. 

Hakikatnya, Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin   menyaman media tempatan yang hanya memetik laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya, merupakan kesilapan paling besar.   Malah, blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3 untuk menarik balik petikan tersebut, tanpa langsung 'menyentuh' Reuters dan Manila Post.  

Lebih menarik, ugutan Anwar terhadap wartawan yang bertanyakan hal tersebut, yang berbunyi, 'You ulang, I saman' kini menjadi bahan jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.   

Anwar juga tidak berani menempelak, jauh sekali menyaman Presiden Filipina, Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai dalang, dengan memetik laporan perisikan.   

Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini, kita akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu mahupun MNLF, sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.  

Jelas, Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung pihak pengganas.  

Memandangkan Anwar adalah 'juara' isu kad pengenalan dan kewarganegaraan di Sabah, adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut.   Sedangkan, sebagai orang yang begitu lantang mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar, seharusnya Anwar menyarankan agar kerakyatan mereka ditarik balik sahaja.  Tetapi, ini tidak berlaku, malah Anwar langsung tidak 'menjentik' orang-orang Sulu.  

Mungkinkah Anwar sudah hilang 'bakat' lakonannya dalam politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan negara sepertimana sepatutnya?   Apapun, kita faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus, dalam satu masa.  Anwar tidak mungkin boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana mereka adalah merupakan 'alat' dan 'umpan' baginya untuk berkuasa.  Pendek kata, mereka bekerja untuknya.  

Justeru, Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu 'ingin menyaman Utusan Malaysia, TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya', serta mengutuk UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu, Semporna mahupun di mana saja di dunia!  

Dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini, iaitu kesilapan demi kesilapan. Kepada Anwar, kita nyanyikan, "Tanya sama Anwar kenapa Dato' Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!" 

Sumber:
http://mymedialab.blogspot.com/2013/03/eksklusif-kesilapan-ketua-pembangkang.html

Dalang Telah diketahui

'Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu' merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak. Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.

Antara yang paling ketara ialah 'nyanyian' Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, "Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang."

Sambung baca di.. => Klik Sini

5 March 2013

Siapa Dalang Tragedi di Sabah?


Konspirasi Lahad Datu: Siapa Yang Paling Panas Punggung?lahad-datu



Insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah masih lagi hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, sama ada di kepulauan Borneo itu mahu pun di Semenanjung Malaysia. Insiden berdarah itu mencetus pelbagai emosi dan tanggapan.
Rata-ratanya rakyat Malaysia kini bersatu dalam satu suara mengatakan bahawa kedaulatan negara perlu diutamakan dan penceroboh dari Filipina itu perlu dihalau secepat mungkin.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin politik pembangkang begitu menjijikkan apabila cuba mempolitikkan isu tersebut. Tak mengapalah, Tian Chua bakal berdepan dengan tindakan undang-undang, tunggu saja surat saman dari Ku Nan.
Ada di kalangan kita yang mahu pihak ATM menyerang seluruh penceroboh itu dengan segenap kekuatan ketenteraan yang ada. Pesawat pejuang, kereta kebal, meriam, mortar atau gunakan apa saja yang ada untuk mengusir bajingan-bajingan Sulu itu.
Bagaimanapun, Malaysia terikat dengan Konvensyen Geneva. Negara kita bertamadun dan patuh pada undang-undang dunia, bukan? Jadi, tak bolehlah “hentam kromo” begitu saja…
Saya melihat kedua pemimpin nombor satu Malaysia dan Filipina seolah-olah terlihat kelibat sesuatu yang tidak kena berhubung insiden ini. Kedua mereka seolah-olah senada membayangkan wujudnya “konspirasi” di sebalik insiden yang meragut 6 nyawa pahlawan negara ini.
Berdasarkan sumber risikan tentera Filipina, mereka dapat menghidu penglibatan pemimpin parti pembangkang dengan keluarga Kiram yang bertanggungjawab mengepalai pencerobohan dan membuat onar di Sabah.
Lebih mengejutkan pemimpin pembangkang itu dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim. Tapi, kalau rapat dengan Anwar sekalipun, tidak semestinya Anwar terlibat, bukan? Tidak, saya tidak tuduh melulu begitu…
Kemudian, sumber dari Filipina itu juga mendakwa tentang pertemuan Anwar dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari dan Kiram kira-kira tidak lama sebelum berlakunya pencerobohan Lahad Datu. Ya, mungkin Anwar saja-saja berziarah, apa salahnya, bukan?
Tapi peliknya, sumber menjelaskan bahawa mereka berbincang mengenai isu tanah dan Anwar dikatakan bercadang untuk memberikan kuasa autonomi pada Sabah sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Malaysia pada PRU kali ini.
Apakah kerana isu tanah dan cadangan Anwar itu menyebabkan penceroboh-penceroboh durjana itu melanggar sempadan dan membunuh anggota keselamatan Malaysia secara keji? Mereka rasa “terjemput”?
Paling dimusykilkan oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino, Kiram yang papa kedana sehingga terpaksa menerima bantuan dari pihak kebajikan di negara itu untuk mencuci buah pinggangnya, mampu membiayai dua buah bot besar dan sebuah bot laju!
Bot-bot itu digunakan pengikutnya untuk menceroboh Sabah. Ditambah pula dengan pelbagai kelengkapan senjata lengkap berpeluru, sudah tentu ia melibatkan kos yang besar, bukan? Persoalannya, dari mana Kiram dapat duit sebanyak itu?
Apakah selepas dia bertemu dengan Anwar maka secara tiba-tiba dia banyak duit? Dia kena “loteri”kah? Haram hukumnya main “loteri” menurut hukum Islam, bukan? Atau Kiram simpan wang tersebut dari kecil, sedikit demi sedikit lama-lama serang Sabah, begitu?
Apapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Aquino sebulat suara mahu siasatan terperinci berkenaan konspirasi keji ini diwujudkan segera. Kita tak tuduh sesiapa, tapi suspeknya sudah ada…
Rasa-rasanya siapa? Aquino? Sudah lama Filipina tak iktiraf kesultanan Sulu. Najib? Beliau tak rapat dengan Misuari. Lagipun, takkan dia nak suruh interpol siasat dirinya sendiri? Kiram? Dia mampukah berdiri atas kaki sendiri? Habis tu siapa? Takkan Osama bin Laden, kot?
Unit risikan Filipina khabarnya punya bukti. Manila Post dan Reuters pun punya asas yang kukuh untuk membuktikan kebenaran siaran berita mereka.Bukti-bukti akan diterbongkar. Cuma, mungkinkah ada orang yang “kepanasan” di Malaysia? Belum sebut nama dah “panas”?

Sumber: Klik Sini

4 March 2013

You Ulang, Saya Saman You Pula!



Anwar Ibrahim seperti biasa , bila dah terkantoi dia akan memulakan bunga-bunga silat yang biasa digunakan iaitu "Silat Saman" . Dari laporan KLPos hari ini , Anwar dalam satu sidang media mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia dan TV3 dengan nilai RM 200 juta .Namun "Silat Saman" Anwar ni berpilih-pilih mangsanya , langkah silat Anwar menjadi sumbang untuk hal-hal yang beliau rasakan tidak memihak kepadanya . TV3 dan Utusan Malaysia membuat laporan berdasarkan sumber media Filipina dan Reuters yang mengaitkan penglibatan pemimpin pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Agak pelik juga kenapa Anwar hanya mahu menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang kononnya memfitnah beliau , sepatutnya Anwar turut menyaman media Filipina dan Reuters yang menjadi 'pemecah berita' .

"Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Reuters, pada tarikh 14 Februari melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah (Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues).

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari pula, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto."

Sumber:
http://bidaman.blogspot.com/2013/03/you-ulang-saya-saman-you-pula-respon.html

Jangan Hina Perwira-Perwira Kami

 
Tolong lah Pak Menteri! Disebabkan beberapa babi-babi negara yang menghina malah memepersendakan kematian perwira-perwira yang terkorban di Lahat Datu dan sempurna (Saksikan video Babi ni menghina KLIK SINI), maka wajarlah yang selama ini menunjukan betapa HARAM JADAHnya dema nie yang menghina serta memperlekehkan kematian perwira kita maka elok lah sangat hantar rombongan Tian, Janda Meroyan, Ostard BOB , Mahpuihzi dan termasuk Mat Tabu ke tempat kejadian di Sabah
Dengan muka gampang bila memberi keterangan sambil senyum perli seperti dalam Video nie, sudah semestinya elok kita hantar jer semua babi nie kesana, lagi pun dema yang kata sendiwara jer! Dema yang fitnah kononnya UMNO punya kerja sekalipun di Risikan Fhilipina menyatakan ada kaitan dengan seorang tokoh Politik pembangkang yang terlibat merancang semua ini, bukan jer tokoh politik tapi merangkap tokoh balun Amoi dan Coffee boy yang memang kuat Fitnah nie yang mahu Sabah didaruratkan setelah gagal mendapat undi dari rakyat Sabah amnya.
Elok la sangat hantar semua babi nie kesana sebab dema jugak yg kata ini hanya sendiwara UMNO dan BN sahaja, bagi sekali duit shoping kay dema supaya buktikan macam dema kata hanya sendiwara, bagi peluang juga khusus pada semua barua ni berkempen politik, tentu dia orang suka sebab mana ada kejadian pembunuhan nie seperti mana yang babi ni perkatakan
Tukar jer dema nie dengan tebusan, lagi pun apa guna simpan barua roket nie yang dah tentunya tak meguntungkan walau sekupang pun nilainya, hantar terus kesana terus ditempat dimana semua kejadian ini terjadi, walaupun kematian pejuang-pejuang demi mempertahan dan keamanan negara sekali pun dema boleh komen sambil senyum dan celupar termasuk Janda meroyan dan Bob LOCK Man. Dan kalau dema atau rakan dema adayang mampus kita janji akan bagi komen macam dia sentiasa sengeh kinzir masa memperlekehkan kematian perwira kita nie. Kita akan pastikan perkataan  INI HANYA SENDIWARA sebagaimana yang dia katakan bila dia mampos pada semua
Tunggu lah masa lu kena pulak! Tengok ler nanti betapa ramai yang akan tepuk tangan malah boleh buat pesta meraikan bila lu orang mampos nanti!!!
 
Sumber:
http://sekupangduas.blogspot.com/2013/03/bukan-mati-pun-sandiwara-jer-elok-la.html

Nak Lari Ke Singapura.. Imigresen Tahan Dia!


TIAN CHUA SUDAH LARI KE SELATAN KE SINGAPURA, HARAP PIHAK IMIGRESEN MENAHAN MANUSIA YANG MENGHINA DARAH DAN NYAWA PERAJURIT KITA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU.

Komando mati Katak

Sunggup biadap dan memang bangsat cina PKR Babi ini. Sebelum ini beliau turut menyatakan kematian anggota Komando 69 yang terbunuh di lahad Datu adalah sandiwara politik dan mainan UMNO. Walhalkan hakikat sebenar Tian Chua tahu bahawa Anwar Ibrahim Boss beliau lah yang bermain sandiwara dengan mencanang agar penceroboh Sulu masuk menuntut Sabah.


Tian Chua mesti dihukum!!
 

3 March 2013

Lucutkan kerakyatan Tian Chua


Lucutkan kerakyatan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, itu sahaja jalan penyelesaian bagi mengajar sikap biadap dan jijik  perangai pemimpin pembangkang di negara ini,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.


Menurutnya, mengadakan protes dan melaung-laungkan bantahan terhadap Tian Chua tidak memberi apa-apa kesan malah beliau semakin berani bertindak diluar batas kerani tahu bantahan tersebut tidak kemana.
“Kita menjertit-jerit mahu supaya Tian Chua dikenakan tindakan, apa tindakan setakat ini ? soal beliau.
Oleh sebab itu jelasnya, ketika rakyat diseluruh negeri mengadakan  demontarsi secara aman, berkumpul membawa sepanduk mengecam Tian chua, tetapi apa kesudahannya ?
Sebaliknya tegas Syed Ali,  Naib Presiden PKR itu semakin menggila menghina orang Melayu, pasukan polis dan UMNO khususnya,” tegas beliau.
“Hanya orang kurang siuman yang bergembira ketika anak isteri meratapi kematian suami mereka dibunuh kejam oleh penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah,” tegasnya.
Sambil sekali lagi mengecam keras Tin Chua yang menyifatkannya insiden di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, beliau berkata pemimpin pembangkang sememangnya tidak mempunyai naluri kemanusiaan.
Sebaliknya kata Syed Ali, manusia seperti Tian Chua yang bersifat pengkhianat ini hanya boleh diajar dengan segera melucutkan kerakyatannya.
“Lagi lama berada di negara ini, lama banyak kegilaan politik yang dilakukannya,  malah dia bukannya seorang patriotik yang sayangkan tanahair,” ujarnya.
Lagipun kata beliau, kegilaan politik Tian Chua ini bukan baru sebaliknya sudah lanma dilakukannya dan dibiarkan bebas sehingga kini.
“Tian Chua pernah kena tahan, dibicara kemudian dibebaskan dan dia tersenyum melihat telatah orang Melayu masih menjerti-jerit mahukan dirinya dikenakan tindakan,” tambahnya.
Jadi jalan penyelesaiannya kata beliau, lucutkan kerakyatan kerana tuduhan Tian Chua bahawa UMNO  merancang insiden di Lahad Datu amat keterlaluan.

Beliau menjelaskan, soal mempertahankan kedaulatan negara bukan boleh dipolitikkan apatah lagi jika membabitkan kematian pasukan keselamatan.
“Ketika rakyat bersedih diatas kematian pasukan keselamatan dibunuh oleh penceroboh Sulu, Tian Chua kata ini sandiwara UMNO,” katanya.
Sambil menyifatkan Tin Chua sebagai manusia tidak ‘berhati perut’, Syed Ali mahu kerajaan supaya prihatin terhadap desakkan rakyat supaya pemimpin PKR itu dikenakan tindakan.
Paling tidak katanya, Tian Chua sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang kerana kenyataan beliau jelas menghasut dan mempunyai niat jahat.
Dalam hubungan ini, Syed Ali tidak menafikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedikit-sebanyak telah memberi ruang kepada pembangkang untuk bertindak ‘lebih liar’ sehingga menjejaskan keselamatan negara.
Sementara itu, Syed Ali mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian berhubung kenyataan Tin Chua bersabit isu tersebut.
“Kita nak tahu apa kata Haji Hadi dan Nik Aziz, apakah kenyataan Tian Chua itu ‘halal’ atau sebaliknya,” tegasnya.
Beliau menempelak pemimpin PAS itu kerana cuba menyorokkan diri apabila Tian Chua membuat tuduhan ‘gila’ dengan mengaitkan UMNO dalam  insiden di Lahad Datu.

SUMBER:
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2013/03/syed-ali-desak-lucutkan-segera.html

Lu Langsi, Lu Mampos!













Makin lama makin biadap si Tian Chua PLKR ni. Makin kurang ajar dan sememangnya perlu diajar agar si bangsat ni sedar jangan ingat dirinya kebal kerana dilindungi Anwar Ibrahim.

Gomo dapat sms yang menyatakan Tian Chua telah menghina Komando 69 yang terbunuh ketika mempertahankan negara di Lahad Datu Sabah. Katanya Tian Chua menyebut:

"Komando mati Katak"

Sunggup biadap dan memang bangsat cina PKR Babi ini. Sebelum ini beliau turut menyatakan kematian anggota Komando 69 yang terbunuh di lahad Datu adalah sandiwara politik dan mainan UMNO. Walhalkan hakikat sebenar Tian Chua tahu bahawa Anwar Ibrahim Boss beliau lah yang bermain sandiwara dengan mencanang agar penceroboh Sulu masuk menuntut Sabah.

Baca Lagi di...
http://www.papagomo.com/2013/03/komando-mati-katak-tian-chua-pemimpin.html

Tian Chua Mati Katak?















Penghinaan paling buruk terhadap anggota keselamatan oleh pembangkang. Tidak cukup menghina anggota Komando VAT 69 ... kini digelar pula KOMANDO MATI KATAK.

Rakan blogger MYMASSA melaporkan, Tian Chua sekali lagi memperlekehkan anggota Keselamatan Negara kita yang terkorban di Lahad Datu dengan kata-kata " KOMANDO MATI KATAK"!!!

SMS DIA SEKARANG DAN LUAHKAN KEMARAHAN KITA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (TIAN CHUA KEPARAT : 012-2841025)

Kenyataan Paling Tidak Bertanggungjawab ...

Sumber:
http://mymassa.blogspot.com/2013/03/update-lahad-datu-tian-chua-meroyan.html

Maa Cibai.. Rakyat Sudah Marah?


Tian Chua menyifatkan media perdana sengaja mahu menjatuhkan nama baiknya apabila memfitnah beliau didalam isu pertumpahan darah di Lahad Datu Sabah.

Sebelum ini, Tian Chua menuduh kejadian pencerobohan di Lahad Datu merupakan konspirasi dari Umno untuk meraih simpati rakyat sebelum PRU13.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Tian berkata konspirasi yang dimaksudkannya ialah perancangan Umno BN yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya dengan kejadian berkenaan, sedangkan ia tidak benar.

“Itu yang saya rujuk sebagai konspirasi. Saya kekal dengan pandangan, konspirasi terancang kerajaan Umno BN untuk alih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

“Kerajaan dan BN eksploitasi pandangan dari fokus kepada isu RCI Sabah dan melempar tuduhan liar kepada pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Beliau percaya tragedi itu boleh dielak jika tahap keselamatan negara dipertingkat dan pasukan keselamatan dibenar menjalankan tugas secara profesional tanpa dicemari propaganda pemerintah.

“Pandangan saya ‘dimainkan’ selepas ada perajurit gugur. Saya tak berniat menyinggung. Saya secara peribadi sampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga,” kata Tian.

Sumber:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/03/tian-chua-tak-mengaku-kutuk-arwah.html

Mampos Lu...








Barisan Nasional (BN) Taiping hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya menyebut insiden tembak-menembak di Lahad Datu, dekat Sabah adalah konspirasi terancang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie, berkata kenyataan Ahli Parlimen Batu itu juga amat biadap dan berniat jahat kerana boleh menggugat kestabilan negara.

Sehubungan itu, pihak polis katanya, perlu menyiasat kenyataan wakil rakyat pembangkang itu dengan segera agar ia tidak dipermainkan atas retorik politik.

“Hari ini, saya bersama wakil parti Barisan Nasional (BN) yang lain tampil membuat laporan polis terhadap Tian Chua di atas kenyataannya yang menyebut kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah sandiwara UMNO dan BN.

“Tuduhan yang dikeluarkannya itu amat berat dan berniat jahat dengan tujuan untuk menggugat kestabilan negara. Oleh itu, kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera supaya isu ini tidak dipermainkan atas retorik politik pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping, sebentar tadi.

Sebelum itu, hampir 200 penyokong yang terdiri ahli UMNO, MCA dan MIC menyertai perarakan dari Pejabat UMNO Taiping ke IPD Taiping sambil melaungkan “Mati Tian Chua’ selain membawa kain rentang tertera perkataan ‘Tian Chua Pengkhianat Negara’ dan ‘Tian Chua Haram Jadah’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...