15 February 2013

Selamat Tinggal PAS?


















Berita yang baru MB terima mendakwa bahawa Dato Harun Din telah mengistiharkan keluar daripada Parti Islam Semalaysia (PAS). Kenyataan media akan di keluarkan dalam masa terdekat.

Keputusan tersebut di lakukan setelah Karpal Singh dan DAP bertalu-talu mendesak beliau untuk menarik balik fatwa Majlis Syura yang tidak membenarkan Khalimah Allah digunakan oleh Kristian. Malah yang menyebabkan Dato Harun Din sangat marah apabila Bang Anwar Bin Ibrahim secara terang-terangan di dalam satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah menyatakan Pakatan Rakyat akan membenarkan Kristian menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible dan ajarannya.

Sumber:
http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/02/dato-harun-istihar-keluar-pas.html

Dato' Haron Din akan keluar?

Ini berita yang baru gua terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Sumber:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/02/gempar-haron-din-keluar-dari-pas.html

13 February 2013

Tolak! Tolak! Tolak!

TUMPAT - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130213/po_01/Beri-undi-kepada-Pas-haram

12 February 2013

Selamatkan Islam..

Umat Islam perlu menjadikan tanggungjawab memilih kepemimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang sebagai satu usaha memastikan akidah mereka terus dipertahankan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan umat Islam di negara ini kini berhadapan dengan krisis akidah susulan tuntutan penggunaan kalimah Allah yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu.

"Perkara ini tidak seharusnya dilihat oleh umat Islam sebagai suatu yang kecil apatah lagi menganggapnya sekadar satu isu politik. Maka, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, saya minta umat Islam melihat pilihan raya bukan hanya satu proses untuk menentukan siapa menjadi kerajaan, siapa jadi Perdana Menteri semata-mata.

"Sebaliknya saya mahu semua umat Islam menjadikan pilihan raya itu nanti sebagai penentu sama ada akidah kita selamat atau tidak. Kita kena faham isu kalimah Allah mengatasi politik kerana isu tersebut membabitkan akidah, tauhid kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jom Selamatkan Kalimah Allah di Taman Bukit Subang, di sini malam tadi.

Yang turut hadir memberikan ceramah ialah Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad.

Zulkifli turut mengingatkan umat Islam agar menolak pakatan pembangkang apabila majlis pimpinannya yang turut dianggotai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pada 8 Januari lalu memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Tegasnya, meskipun Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya memutuskan menolak penggunaan kalimah Allah itu oleh agama lain, Abdul Hadi sehingga kini belum menarik balik persetujuannya bersama pemimpin tertinggi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membenarkan pengunaan kalimah suci itu kepada semua agama. - Utusan

10 February 2013

Parti Ini Akan Hancurkan Islam?

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Penganut Islam pelbagai bangsa boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Selain itu Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR dan DAP menyambut baik pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun membidas tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Menurut Anwar Mais merupakan badan bebas dan tidak berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan. – mStar Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...