2 March 2013

Lu Langsi, Lu mampos!











Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengatakan insiden di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO disifatkan satu pandangan bodoh.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek berkata, Tian Chua dilihat seperti 'takut pada bayang-bayang sendiri' disebabkan beberapa pendedahan oleh media Filipina.

"Saya nak beritahu kenyataan Tian Chua yang mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO adalah kenyataan bodoh.

"Bukan saja tidak berasas tetapi kenyaatannya itu untuk melindungi mungkin beberapa perkara yang akan didedahkan dan kemungkinan pihak mereka (pembangkang) ada terlibat dalam soal hubungan dengan Sultan Sulu dan mengapi-apikan mereka.

"Jika ia didedahkan dan jika benar, maka rakyat sepatutnya tolak mereka,"

Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan, kenyataan Tian Chua dibuat semata-mata bagi mendapatkan tarikan dalam meraih sokongan.

"Mereka menganggap kenyaataan itu boleh jadi daya tarikan untuk menyokong pembangkang tetapi kenyataan itu memperlihatkan, mendedahkan dan menelanjangkan kebodohan mereka sebenarnya.

"Jika benar apa yang disebut oleh perisik Filipina, amat malang sekali kerana kita sedia maklum pembangkang bukan saja berjumpa dengan kerajaan mana pun, pihak mana pun, asalkan menentang kerajaan kita dan saya fikir ini perbuatan gila," ujarnya.

Beliau turut mengecam tindakan Tian Chua serta mengajak rakyat dalam negara untuk bersama-sama memperingati parajurit yang gugur di medan tempur, bukannya memperlekehkan mereka.

"Saya nak beri amaran, saya ingin mengingatkan pada Tian Chua, ini bukan sandiwara, yang terkorban adalah real yang mati adalah real.

"Kita semua sepatutnya bersedih, bukan mengejek dan memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan kita," tegasnya.

Psssttt..... Seeloknya Tian Chua mampos

Sumber:
http://www.papagomo.com/2013/03/tian-chua-pkr-hina-komando-69.html

26 February 2013

Sekadar Janji-Janji Kosong




















Pelbagai tawaran terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat gabungan parti-parti pembangkang – DAP, PKR dan PAS yang dilancarkan hari ini tidak lebih sekadar risalah 'jualan murah penghujung tahun', kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Sambil menyifatkannya sebagai menabur janji-janji retorik, beliau berkata tawaran manifesto berkenaan sekadar untuk melengkapkan bahan kempen pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum (PU) ke-13.

"Tidak ada sesuatu yang konsisten dan mampu menjana kualiti hidup rakyat, sekadar mengulangi retorik yang terkandung dalam manifesto PRU ke-12 yang sehingga kini sebahagian besar janji tersebut masih gagal ditunaikan," tegasnya.

Katanya, initipati manifesto Pakatan Harapan Rakyat tersebut juga merupakan cebisan ucapan pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah politik beliau di seluruh negeri sebelum ini.

Pembentangan manifesto berkenaan pukul 10.40 pagi ini telah dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan ikuti oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili PAS manakala M. Kulasegaran mewakili DAP.

Beliau mendakwa, isu seperti penghapusan bayaran tol, pemansuhan PTPTN, pengurangan harga petrol dan tarif elektrik telah beberapa kali dipercakapkan oleh Anwar dalam ceramah umumnya sambil turut melemparkan pelbagai fitnah tidak berasas kepada kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga janji-janji pembangkang untuk membina 150,000 unit rumah murah, menghentikan projek Lynas di Gebeng, Kuantan, penurunan harga kereta, bonus warga emas RM1,000.00 seorang dan caruman RM50 sebulan untuk isteri yang layak juga merupakan janji-janji yang 'sukar' untuk dipercayai.

"Apa yang dikatakan oleh Anwar menerusi ceramah politiknya telah dimuatkan di dalam manifesto berkenaan, langsung tidak mencerminkan satu kaedah tawaran yang efisyen, konsisten, komprehensif dan berkualiti untuk manfaat rakyat," katanya.

Menurut beliau lagi, manifesto tersebut yang digubal berdasarkan empat tonggak utama – Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat jelas tidak meletakkan kepentingan Melayu sebagai kaum majoriti negara ini.

Sebagai contohnya kata beliau, jika disemak kepada empat tonggak tersebut langsung tidak dinyatakan secara khusus mengenai masa depan orang Melayu sebagai kaum majoriti dan usaha kearah meningkatkan syiar Islam sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini bermakna manifesto pembangkang tidak berani berterus terang menyebut untuk menjaga kepentingan pribumi kerana terikat dengan dominasi DAP sebagai pencatur kepada halatuju pakatan tersebut.

Justeru kata beliau, jelas menunjukkan peranan PAS yang kononnya berkonsepkan kepada asas perjuangan Islam hanya satu pendustaan kerana ternyata tidak berperanan dalam penggubalan manifesto berkenaan.

Menurut Syed Ali lagi ,konvesyen pakatan pembangkang hari ini juga ternyata tidak berani untuk mengumumkan sipakah di kalangan mereka yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri jika berjaya memenangi PRU ke-13.

"Situasi itu menggambarkan bahawa antara mereka masih tidak ada kesepakatan dan masing-masing mempunyai agenda tersembunyi, namun apa yang pasti PAS sememangnya menentang sekeras-kerasnya jika Anwar dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, Anwar turut menjadikan pentas konvensyen tersebut untuk memuji-memuji Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha beliau meraih sokongan.

"Bagaimanapun, beliau langsung tidak menyebut nama Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah, sebuah negeri bermasalah yang turut ditabir oleh pakatan pembangkang," ujarnya.

Mengenai BRIM, Syed Ali menyelar sikap Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yag menyifatkan bantuan Kerajaan Pusat itu seperti apa yang pernah dilakukan di zaman Firaun.

"Tetapi dalam manifesto pembangkang hari ini dijanjikan bantuan kewangan RM1,000.00 seorang kepada warga emas, apakah amalan ini juga seperti Firaun tetapi dihalalkan oleh Haji Hadi?," soal beliau lagi.

Kesimpulannya kata beliau, Manifesto Pakatan Harapan Rakyat sekadar janji-janji kosong dan laungan retorik yang sekadar menawarkan hadiah bulan dan bintang kepada pengundi yang mustahi untuk direalisasikan.

Sumber:
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2013/02/syed-ali-sifatkan-manifesto-pakatan.html

25 February 2013

Ini Dia Bakal PM?


















PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13.

"Saya tidak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini," kata Anwar ketika ditanya oleh media hari ini.

Sebaliknya kata Anwar, Pakatan akan memberikan fokus kepada agenda bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyennya yang ke-4 semalam.

Ketika terus ditanya oleh media kenapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, Anwar berkata, "Adakah BN mengumumkan nama bakal PM  ketika membentangkan manifestonya.

"Semasa PRU 2008, adakah Tan Sri Khalid diumumkan sebagai bakal MB Selangor?" soal Anwar.

HARAKAH/-

24 February 2013

Tin Kosong Lagi?



SHAH ALAM 25 FEB:
Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) dilancar pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

PRManifesto bertema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ itu dimulakan dengan pembentangan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kira-kira jam 10.40 pagi.

Kemudian disusuli pembentangan oleh Dr Dzulkefly Ahmad mewakili PAS, manakala M Kulasegaran mewakili DAP.

Manifesto ini merupakan kempen awal Pakatan menawan Putrajaya.

Ia juga kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan termasuk tawaran baru.

"Manifesto Bukan Janji"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...