23 February 2013

Bye-Bye Sebab Mu Kato Aku Nate?

Khabar dari Kelantan mengesahkan bahawa seramai 78 orang PAS dari 2 buah kampung telah keluar Pas dan menyertai umno kerana tidak puas hati nik Aziz menyamakan mereka seumpama haiwan dek kerana mereka penerima BR1M.

19 February 2013

Melayu Wajib TOLAK Parti Ini




TUMPAT - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130213/po_01/Beri-undi-kepada-Pas-haram

17 February 2013

Si Penipu Yang Fasik?














Lihat bagaimana kenyataan yang dibuat oleh ANWAR IBRAHIM dengan kefasikan dirikanya dihadapan bangsa cina ketika menghadiri majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Sabah. Diri Anwar kini , semakin terdesak dengan sokongan dari bansga melayu kerana telah meluat dengan peranginya yang semamngnya gemar menyampaikan fitnah merata-rata.
Dua sahabat politiknya Nik Aziz dan Hadi Awang juga dikecam dan dihina dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulutnya sebagai rakan sekutu politik PR.

Anwar yang menyifatkan  bahawa Nik Aziz Nik Mat sudah tidak faham agama adalah satu tamparan hebat kepada Mursydul Am PAS tersebut. " Nik Aziz sudah tidak faham agama ". Begitu juga lontaran kata oleh Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa Hadi Awang juga bertindak seperti lalang dan tidak berpendirian tetap didalam isu Kalimah Allah yang semakin hangat diperkatakan ketika ini. 

kini semakin jelas bahawa Anwar ibrahim (PKR) hanya memperdayakan PAS dan mempergunakan PAS. Anwar yang masih tegak berdiri dengan pendirianya bagi memastikan kalimah Allah diguna pakai didalam Bible bahasa melayu , memggunakan isu tersebut untuk membuktikan bahawa dirinya adalah layak untuk menjadi PM apabila PR menang didalam PRU-13 akan datang. 

"DOA MAKAN TUAN "itu sahaja ungkapan yang patut diberikan kepada PAS yang pernah mendoakan kehancuran UMNO (BN). Doa yang dibaca oleh Adik Nik ziz sambil berlinangan air mata perjuangan yang sia-sia , kini memakan diri abangnya sendiri apabila Anwar Ibrahim sendiri yang menjatuhkan maruah abangnya dihadapan khalayak yang berbangsa cina di Sabah.

Sumber:
http://talkwithhand.blogspot.com/2013/02/gempar-kenyataan-doa-makan-tuan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...