5 February 2013

Menang Besar?

















IPOH :    Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.
Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.
Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.
Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.
Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.
Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.
"Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun," katanya.

4 February 2013

JOM Pertahankan Kalimah Allah
















Wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu. 

Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.

Sumber:
http://www.rbfonline.net/2013/02/kalimah-allahjangan-kita-jadi-bodoh.html

Jangan Beri Undi Kepada?

Tajuk yang agak best  hari ini "Jangan Beri Undi kepada PAS" CN Al Afghani.

So... memandangkan  kepala otak gua dah agak pening siket, gua malas nak tulis panjang-panjang malam ni..

Seperti kata bekas Penyokong PAS ini juga, beliau dipulau oleh penyokong taksuub PAShit.

Namun perkara itulah juga yang berlaku kepada Nasharuddin ketika ini.

Hassan Ali sudah lama kena maki Hamun & dikutuk.

Selepas memecat Hassan Ali. PAS juga dilihat menjadi seperti anjing gila yang suka merayap entah kemana & semacam tak dak haluan. ..

Nak marah kat DAP tak berani takut kena ketuk kepala.. Jadi terpaksalah pemimpin meraka marah kat orang-orang bawah..

Mungkin inilah caranya PAS melepaskan marah mereka. Inilah cara yang dikatakan DEMOKRASI.

memang baguskan cara demokrasi PAShit ini.?

Ianya amat teratur & sistematik bukan?

Jadi disebabkan PAS menjadi seperti Kuda Kayu. lebih baik jangan ber undi langsung kepada PAS. Desakan ini memang baik kita lihat dan bagus untuk menjahamkan PAS sama sekali.

Jadi tunggu apa lagi.... ayuhhh sama2 Jahanamkan PAS kali ini..

Sumber:
http://darah-satria.blogspot.com/2013/02/jangan-beri-undi-kepada-pas-dari-bekas.html

Rakyat Geli Geleman Dengar Manifesto Penipu


















Manifesto penipu  pakatan haram makan tuan. Akibat dari sikap penipu, pembohong dan kaki kelentong mereka dalam PRU12 yang lepas mereka  telah mula merasa bahananya. Kerajaan pakatan haram Selangor telah gagal memenuhi salah satu janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) iaitu  untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Pengerusi Badan Bertindak Rakyat (BTR) Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.
Tuntutan akan dibuat secara berperingkat bagi memudahkan kes ini dibicarakan di mahkamah dengan  kadar segera. Satu demonstrasi aman yang melibatkan lebih 40 penduduk pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telahdiadakan bagi  menuntut elaun murid prasekolah seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008. Maka  memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu depan untuk meminta penjelasan kenapa kerajaan negeri pakatan haram gagal menepati janji. Kerajaan negeri pakatan haram  berjanji akan memberikan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah di Selangor sekiranya berjaya mentadbir negeri tersebut pada tahun 2008. Janji palsu mereka tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat Selangoryang diperdaya demi meraih undi.
Sumber:
http://www.selangordaily.com/?p=7279
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...