4 March 2013

You Ulang, Saya Saman You Pula!



Anwar Ibrahim seperti biasa , bila dah terkantoi dia akan memulakan bunga-bunga silat yang biasa digunakan iaitu "Silat Saman" . Dari laporan KLPos hari ini , Anwar dalam satu sidang media mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia dan TV3 dengan nilai RM 200 juta .Namun "Silat Saman" Anwar ni berpilih-pilih mangsanya , langkah silat Anwar menjadi sumbang untuk hal-hal yang beliau rasakan tidak memihak kepadanya . TV3 dan Utusan Malaysia membuat laporan berdasarkan sumber media Filipina dan Reuters yang mengaitkan penglibatan pemimpin pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Agak pelik juga kenapa Anwar hanya mahu menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang kononnya memfitnah beliau , sepatutnya Anwar turut menyaman media Filipina dan Reuters yang menjadi 'pemecah berita' .

"Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Reuters, pada tarikh 14 Februari melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah (Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues).

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari pula, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto."

Sumber:
http://bidaman.blogspot.com/2013/03/you-ulang-saya-saman-you-pula-respon.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...