ORANG tanya penulis, orang tanya tau, bukan penulis suka-suka nak menyibuk – kenapa asal Anwar ada skandal mesti dengan jantan satu, lepas tu mesti budak muda?
Dalam hati penulis tak berapa nak
setuju dengan soalan tersebut, sebab sepanjang pengetahuan penulis,
skandal Anwar ni macam-macam, dengan jantan, dengan perempuan, bini
orang, pelacur dan bagai-bagai lagi. Biseksualah katakan.
Rasanya, dia rujuk kepada isu yang hangat diperkatakan orang, tentang surat Pegawai Diplomatik Sulit Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya, Private Diplomatic & International Officer Anwar
bernama Mohamed Fareez Kamal Intidzam kepada Hadi Awang meminta campur
tangan berhubung isu peribadinya dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Budak itu – yang dilantik ke jawatan itu
oleh Anwar pada usia 19 tahun, baru-baru ini buat laporan polis setelah
buah butir suratnya itu tersebar pada pengetahuan umum. Bagaimana ia
tersebar, masih lagi jadi tanda tanya. Tapi memandangkan ia dialamatkan
kepada Hadi Awang, maka penulis yakin ini kerja orang-orang Hadi juga,
atau paling tidak Hadi sendiri.
Kebetulan, hubungan PAS dengan PKR masih
lagi di tahap masam-masam pahit, lanjutan dari isu kalimah Allah yang
dilihat penyokong PAS cubaan Anwar menabur pasir dalam peti undi mereka, jadi kebarangkalian itu (Hadi dedah surat) tidak boleh ditolak sama sekali.
Lagipun, sejak surat itu disiarkan di
Malaysia-Today, masih belum ada pihak dapat merungkai apa yang
dimaksudkan Fareez Kamal dengan ‘hubungan rapat dengan Anwar‘
dalam suratnya itu. Begitu juga susah payah dia menulis dengan tangan,
sedangkan zaman hari ini semuanya sekadar dihujung jari.
Macam biasa, bila membabitkan Anwar dan bau-bau homoseksual,
cepat ajelah puak disebelah sana menuduh UMNO ada penglibatan. Masa
kes Saiful Bukhari mula meletup dulu macam itu juga, UMNO juga yang
dituduh. Sejak bila UMNO ambil kontrak bekal jantan-jantan muda untuk Anwar lahap pun tak tahulah.
Sebuah portal pembangkang siap tunjuk gambar jambu baru Anwar tu dalam keadaan kusut masai, sekadar bagi gambaran tidak ada siapa pun yang selera dengan budak rupa macam itu, walau untuk gay tua macam Anwar.
Penulis tak pastilah sama ada itu budak
yang sama atau gambar budak lain yang diletakkan disitu bagi meyakinkan
orang ramai bahawa ada yang tak kena dengan cerita ini.
Tapi untuk berlaku adil, mana-mana satu
pun penulis rasa biarlah Anwar, keluarganya dan jambu barunya itu
bergaduh, kita jangan ambil peduli. Di tangan kita sudah ada banyak
bukti kukuh untuk mengaitkan Anwar dengan homoseksual, tak payah cerita
baru pun sudah ok. Takut saja ini perangkap Anwar untuk kenakan UMNO.
Lebih baik dari itu, pembabitan Anwar
dengan pencerobohan di Lahad Datu sekarang bakal menjadi rasmi tidak
lama lagi. Anwar rasanya lebih suka dikaitkan dengan homoseksual dari
dipertanggungjawabkan atas kematian anggota polis oleh tentera Sulu
upahannya di Sabah.
Sumber:
No comments:
Post a Comment