Konspirasi Lahad Datu: Siapa Yang Paling Panas Punggung?
Insiden pencerobohan
Lahad Datu di Sabah masih lagi hangat diperkatakan di kalangan rakyat
Malaysia, sama ada di kepulauan Borneo itu mahu pun di Semenanjung
Malaysia. Insiden berdarah itu mencetus pelbagai emosi dan tanggapan.
Rata-ratanya rakyat Malaysia kini bersatu
dalam satu suara mengatakan bahawa kedaulatan negara perlu diutamakan
dan penceroboh dari Filipina itu perlu dihalau secepat mungkin.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin politik
pembangkang begitu menjijikkan apabila cuba mempolitikkan isu tersebut.
Tak mengapalah, Tian Chua bakal berdepan dengan tindakan undang-undang,
tunggu saja surat saman dari Ku Nan.
Ada di kalangan kita yang mahu pihak ATM
menyerang seluruh penceroboh itu dengan segenap kekuatan ketenteraan
yang ada. Pesawat pejuang, kereta kebal, meriam, mortar atau gunakan apa
saja yang ada untuk mengusir bajingan-bajingan Sulu itu.
Bagaimanapun, Malaysia terikat dengan
Konvensyen Geneva. Negara kita bertamadun dan patuh pada undang-undang
dunia, bukan? Jadi, tak bolehlah “hentam kromo” begitu saja…
Saya melihat kedua pemimpin nombor satu
Malaysia dan Filipina seolah-olah terlihat kelibat sesuatu yang tidak
kena berhubung insiden ini. Kedua mereka seolah-olah senada membayangkan
wujudnya “konspirasi” di sebalik insiden yang meragut 6 nyawa pahlawan
negara ini.
Berdasarkan sumber risikan tentera
Filipina, mereka dapat menghidu penglibatan pemimpin parti pembangkang
dengan keluarga Kiram yang bertanggungjawab mengepalai pencerobohan dan
membuat onar di Sabah.
Lebih mengejutkan pemimpin pembangkang
itu dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim. Tapi, kalau rapat dengan Anwar
sekalipun, tidak semestinya Anwar terlibat, bukan? Tidak, saya tidak
tuduh melulu begitu…
Kemudian, sumber dari Filipina itu juga
mendakwa tentang pertemuan Anwar dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari dan
Kiram kira-kira tidak lama sebelum berlakunya pencerobohan Lahad Datu.
Ya, mungkin Anwar saja-saja berziarah, apa salahnya, bukan?
Tapi peliknya, sumber menjelaskan bahawa
mereka berbincang mengenai isu tanah dan Anwar dikatakan bercadang untuk
memberikan kuasa autonomi pada Sabah sekiranya Pakatan Haram berjaya
menjajah Malaysia pada PRU kali ini.
Apakah kerana isu tanah dan cadangan
Anwar itu menyebabkan penceroboh-penceroboh durjana itu melanggar
sempadan dan membunuh anggota keselamatan Malaysia secara keji? Mereka
rasa “terjemput”?
Paling dimusykilkan oleh Presiden
Filipina, Benigno Aquino, Kiram yang papa kedana sehingga terpaksa
menerima bantuan dari pihak kebajikan di negara itu untuk mencuci buah
pinggangnya, mampu membiayai dua buah bot besar dan sebuah bot laju!
Bot-bot itu digunakan pengikutnya untuk
menceroboh Sabah. Ditambah pula dengan pelbagai kelengkapan senjata
lengkap berpeluru, sudah tentu ia melibatkan kos yang besar, bukan?
Persoalannya, dari mana Kiram dapat duit sebanyak itu?
Apakah selepas dia bertemu dengan Anwar
maka secara tiba-tiba dia banyak duit? Dia kena “loteri”kah? Haram
hukumnya main “loteri” menurut hukum Islam, bukan? Atau Kiram simpan
wang tersebut dari kecil, sedikit demi sedikit lama-lama serang Sabah,
begitu?
Apapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak dan Presiden Aquino sebulat suara mahu siasatan terperinci
berkenaan konspirasi keji ini diwujudkan segera. Kita tak tuduh sesiapa,
tapi suspeknya sudah ada…
Rasa-rasanya siapa? Aquino? Sudah lama
Filipina tak iktiraf kesultanan Sulu. Najib? Beliau tak rapat dengan
Misuari. Lagipun, takkan dia nak suruh interpol siasat dirinya sendiri?
Kiram? Dia mampukah berdiri atas kaki sendiri? Habis tu siapa? Takkan
Osama bin Laden, kot?
Unit risikan Filipina khabarnya punya
bukti. Manila Post dan Reuters pun punya asas yang kukuh untuk
membuktikan kebenaran siaran berita mereka.Bukti-bukti akan
diterbongkar. Cuma, mungkinkah ada orang yang “kepanasan” di Malaysia?
Belum sebut nama dah “panas”?