“Lucutkan
kerakyatan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, itu sahaja jalan penyelesaian bagi
mengajar sikap biadap dan jijik perangai
pemimpin pembangkang di negara ini,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee.
Menurutnya,
mengadakan protes dan melaung-laungkan bantahan terhadap Tian Chua tidak memberi
apa-apa kesan malah beliau semakin berani bertindak diluar batas kerani tahu
bantahan tersebut tidak kemana.
“Kita
menjertit-jerit mahu supaya Tian Chua dikenakan tindakan, apa tindakan setakat
ini ? soal beliau.
Oleh sebab
itu jelasnya, ketika rakyat diseluruh negeri mengadakan demontarsi secara aman, berkumpul membawa sepanduk
mengecam Tian chua, tetapi apa kesudahannya ?
Sebaliknya
tegas Syed Ali, Naib Presiden PKR itu
semakin menggila menghina orang Melayu, pasukan polis dan UMNO khususnya,” tegas
beliau.
“Hanya
orang kurang siuman yang bergembira ketika anak isteri meratapi kematian suami
mereka dibunuh kejam oleh penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah,” tegasnya.
Sambil sekali
lagi mengecam keras Tin Chua yang menyifatkannya insiden di Lahad Datu sebagai
sandiwara UMNO, beliau berkata pemimpin pembangkang sememangnya tidak mempunyai
naluri kemanusiaan.
Sebaliknya
kata Syed Ali, manusia seperti Tian Chua yang bersifat pengkhianat ini hanya
boleh diajar dengan segera melucutkan kerakyatannya.
“Lagi lama
berada di negara ini, lama banyak kegilaan politik yang dilakukannya, malah dia bukannya seorang patriotik yang
sayangkan tanahair,” ujarnya.
Lagipun
kata beliau, kegilaan politik Tian Chua ini bukan baru sebaliknya sudah lanma
dilakukannya dan dibiarkan bebas sehingga kini.
“Tian Chua
pernah kena tahan, dibicara kemudian dibebaskan dan dia tersenyum melihat
telatah orang Melayu masih menjerti-jerit mahukan dirinya dikenakan tindakan,”
tambahnya.
Jadi jalan
penyelesaiannya kata beliau, lucutkan kerakyatan kerana tuduhan Tian Chua bahawa
UMNO merancang insiden di Lahad Datu
amat keterlaluan.
Beliau menjelaskan,
soal mempertahankan kedaulatan negara bukan boleh dipolitikkan apatah lagi jika
membabitkan kematian pasukan keselamatan.
“Ketika
rakyat bersedih diatas kematian pasukan keselamatan dibunuh oleh penceroboh
Sulu, Tian Chua kata ini sandiwara UMNO,” katanya.
Sambil menyifatkan
Tin Chua sebagai manusia tidak ‘berhati perut’, Syed Ali mahu kerajaan supaya
prihatin terhadap desakkan rakyat supaya pemimpin PKR itu dikenakan tindakan.
Paling
tidak katanya, Tian Chua sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang kerana
kenyataan beliau jelas menghasut dan mempunyai niat jahat.
Dalam hubungan
ini, Syed Ali tidak menafikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
sedikit-sebanyak telah memberi ruang kepada pembangkang untuk bertindak ‘lebih
liar’ sehingga menjejaskan keselamatan negara.
Sementara
itu, Syed Ali mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian berhubung
kenyataan Tin Chua bersabit isu tersebut.
“Kita nak
tahu apa kata Haji Hadi dan Nik Aziz, apakah kenyataan Tian Chua itu ‘halal’
atau sebaliknya,” tegasnya.
SUMBER:
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2013/03/syed-ali-desak-lucutkan-segera.html
No comments:
Post a Comment