Bercakap
kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang,
namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.Ketua umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan
bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya
umum kali ini.
Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini,
Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti
pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.
Tambahnya,
beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi
pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.
Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.
Anwar,
kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila
dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan
rasuah.
Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.
Sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/227940
"Boleh caya ke cakap si munafik ni?"
No comments:
Post a Comment