Belum pun reda lagi rajuk Jui Meng
kerana dirampas kerusi parlimen idamannya oleh Kit Siang dengan bantuan
Nuar Berahim, kini Kit Siang tanpa merujuk mahupun meminta laluan dari
rakan-rakan Pakatannya telah mengarahkan pasukan kempennya agar
"menjajah" DUN Johor Jaya pula.
Perkara ini telah disahkan oleh seorang
pemimpin DAP yang merujuk kepada mesyuarat Lim dengan pasukan kempennya
pada Khamis lepas (sini).
Ini jelas menunjukkan bahawa Kit Siang
mengamalkan dasar kuku besi. Kalau dia dah mahu, tetap dia mahu tanpa
mengambil kira pandangan orang lain. Kalau rakan-rakan seperjuangannya
bersama dalam Pakatan boleh dikhianatinya, adalah sesuatu yang tidak
mustahil dan menjadi perkara enteng baginya untuk mengkhianati
pengundinya sekiranya telah dapat kuasa, apatah lagi kalau pengundinya
itu Melayu. Ini kerana bencinya Kit Siang terhadap Melayu sudah terbukti
pada peristiwa 13 Mei 1969.
Sayangnya, Melayu PAS dan Melayu PKR
masih buta dengan menjangka bahawa Kit Siang berpolitik kerana menentang
UMNO. Mereka masih terbuai dengan mimpi benci UMNO mereka dengan
bersekongkol dengan DAP walhal DAP dan Kit Siang bukannya menentang
UMNO, tetapi mereka berpolitik kerana menentang kuasa Melayu. Harapan
aku agar Melayu Johor tanpa mengira fahaman politik, akan bersatu
menentang dan menolak DAP dari bumi Johor yang bertuah ini. Insyaallah.
Sumber:
No comments:
Post a Comment