Manifesto penipu pakatan haram makan tuan. Akibat dari sikap penipu, pembohong dan kaki kelentong mereka dalam PRU12 yang lepas mereka telah mula merasa bahananya. Kerajaan pakatan haram Selangor telah gagal memenuhi salah satu janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) iaitu untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Pengerusi Badan Bertindak Rakyat (BTR) Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.
Tuntutan akan dibuat secara berperingkat bagi memudahkan kes ini dibicarakan di mahkamah dengan kadar segera. Satu demonstrasi aman yang melibatkan lebih 40 penduduk pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telahdiadakan bagi menuntut elaun murid prasekolah seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008. Maka memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu depan untuk meminta penjelasan kenapa kerajaan negeri pakatan haram gagal menepati janji. Kerajaan negeri pakatan haram berjanji akan memberikan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah di Selangor sekiranya berjaya mentadbir negeri tersebut pada tahun 2008. Janji palsu mereka tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat Selangoryang diperdaya demi meraih undi.
Sumber:
http://www.selangordaily.com/?p=7279
No comments:
Post a Comment